Bahan-bahan
- 250g San Remo Instant Lasagna (Guna segera senang, kan?)
- 2 sudu makan minyak
- 1 biji bawang, dipotong dadu
- 1 batang lobak merah, dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih, dititik
- 500g daging cincang
- 5 sudu makan pes tomato
- 2 x 400g tomato dalam tin
- 2 cawan stok ayam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Secubit serbuk buah pala
- 2 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan susu
- 1125g keju mozarella @ cheddar
Sos daging
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan bawang merah, lobak merah dan bawang putih. Masak sehingga empuk.
- Masukkan daging cincang, masak sehingga berwarna berwarna coklat muda.
- Tuangkan pes tomato, tomato dalam tin dan stok ayam. Perasakan dengan garam, lada sulah dan serbuk buah pala.
- Tutup dan masak dengan api perlahan lebih kurang 20 minit.
Sos keju
- Ambil kuali lain, panaskan. Cairkan butter dalam kuali tersebut.
- Masukkan tepung gandum dan kacau hingga masak menggunakan api perlahan selama 2 minit.
- Tutup api gas, masukkan susu ke dalam kuali.
- Kemudian hidupkan semula api gas, kacau sehingga pekat dan licin.
- Perasakan dengan garam, lada sulah dan tambah keju mozarella @ cheddar. Kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga keju cair.
Penyediaan lasagna
- Panaskan oven 180C.
- Tuang 1/2 cawan sos daging ke dalam loyang yang telah digriskan.
- Susun secara berlapis lasagna kemudian sos keju.
- Ulang susunan secara bergilir sos daging, lasagna dan sos keju, lapisan terakhir mestilah lapisan sos keju (lebih kurang 4 lapisan).
- Taburkan parutan keju parmesan, bakar dalam oven selam 35-40 minit atau sehingga lasagna masak (uji dengan garpu, kalau dah masak tak melekat pada garpu). Biarkan seketika selama 5 minit sebelum hidang.
Hint: Untuk lasagna masak sempurna, pastikan helaian lasagna diliputi sepenuhnya dengan lapisan sos daging. Penting untuk mengekalkan kelembapan pada suhu yang tinggi.