Assalamualaikum...
Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat berkah.
Sudah pasti setiap umat Islam tertunggu-tunggu kehadiran bulan Ramadhan bagi meningkatkan pahala lebih-lebih lagi segala usaha dan perbuatan baik Allah akan lipat gandakan pahala. Wallahua'lam.
Satu keistimewaan bulan Ramadhan pada saya ialah Solat Sunat Tarawikh setiap malam selama sebulan.
Itu adalah perkara yang saya rindui di bulan-bulan biasa, apabila mendengar suara imam membaca ayat suci Al-Quran, dan bilal pula menyeru jamaah menunaikan solat sunat tarawikh disamping selawat-selawat yang dibaca selepas selesai solat dua rakaat.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang merebut kebaikan bulan Ramadhan ini bergantung kepada keadaan dan keuzuran setiap individu.
Bagi saya Ramadhan tahun ini benar-benar menguji iman dan kesabaran. Fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Selemah-lemah iman ialah beristighfar, berdoa dan berdoa kepada Allah mengharap keampunan dan keredhaanNya. Mudah-mudahan Allah menerima doa saya dan ampunkan dosa saya sekeluarga.
Misi mengejar malam Lailatul Qadar juga menjadi matlamat. Walaupun mata saya serapuh kayu reput, tapi keinginan untuk mengalami sendiri malam lailatul qadar telah lama tersimpan di hati. Terus terang saya tidak pernah bertemu dengan malam yang sangat istimewa ini. Mungkin saya belum cukup istimewa untuk dapat merasai pengalaman malam ini atau usaha saya belum cukup kuat. Dan saya berasa gentar untuk bertemu malam ini kerana tidak pernah mengalaminya. Alangkah ruginya saya :(.
Bagaimana agaknya rupa malam Lailatul Qadar ini ya?
Sekian sahaja.
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014
Tuesday, 8 July 2014
Selamat Datang Ola & Oli
Assalamualaikum My Dearest Nuhas,
Semalam lepas berbuka dan sembahyang Maghrib di Surau Bukit Mulia, terus Abi ajak beli CD kat Bukit Antarabangsa. Dalam hati Ummi berkata gak, eh eh, nak beli cd pulak en M ni.
Abi dengan Nuha je masuk kedai cd. Ummi dengan Adnin tunggu dalam kereta. Nampak 2 ekor anak kucing tengah main2 kat kaki lima kedai. Gebu.
Kemudian bila Abi sampai di kereta, tiba-tiba Abi bagitau terasa macam nak bawa balik anak-anak kucing tu. Nak bela katanya.
Mula-mula refuse gak, sebab sejak habis sekolah Ummi alah dengan bulu kucing. Nanti hidung gatal tak berenti. Lagi satu risau la pulak kalau anak kucing tu ada tuannya.
Jadi Ummi cuba tanya auntie kedai dobi berdekatan. Katenye dari pagi tadi kucing tu kat situ. Sianla pulak.
Ummi ambik keputusan bolehla bela anak kucing ni. Walaupon kat rumah pun dah ade mak bapak abang kakak kucing yang dah menunggu. :P
Abi terus singgah Giant beli makanan anak kucing. Bersemangat betul Abi. Syabas bete! :)
Sampai rumah Ummi dan Abi dah pening kepala nak letak kat mana anak-anak kucing tu. nak bagi lepas takut berak dan kencing merata2. Nak masuk kotak, takde kotak besar yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya Abi tanya Achik Auni dan dia ada sangkar yang sesuai untuk anak kucing. Pinjamla sekejap sementara Winter belum beranak. Terima kasih Auni. :)
Jadi, rupa-rupanya ada hikmah Abi ajak pi kedai cd tu. Untuk bertemu dengan Ola dan Oli.
Welcome to our home Ola & Oli! :)

Tuesday, 1 July 2014
01.07.07
Dear My Nuhas,
Ummi nak mengabadikan tarikh penting dalam hidup ummi dan Abi untuk pengetahuan kalian.
01.07.07 - Berjumpa kali pertama.
01.06.08 - Bertunang
01.08.08 - Nikah
Pertemuan yang sangat manis. Abi terlambat satu jam. Tertidur rupanya. Takpe, Ummi tak rasa marah pun. Beli surat khabar dan baca sambil tunggu Abi. Sangat santai. :)
Ingat lagi Abi pakai kemeja putih, cap biru. Pegang payung, basah sebab hujan.
Rupa-rupanya Abi berjalan kaki dari rumahnya ke tempat pertemuan kami.
Berjumpa pertama kali kami kurang berkomunikasi. Hanya saling tersenyum. :)
Itu lah keistimewaan Abi di mata ummi. Sederhana dan tidak beriya-iya menonjolkan diri.
Pemakaian ummi ketika itu pun sangat sederhana dan langsung tiada ciri-ciri memikat. hehehe.
Itula dia, jodoh pertemuan telah ditentukan olehNya.
Akhirnya jadilah kami Ummi dan Abi kalian. :)
Semoga kita sekeluarga dikurniakan rahmat dan dilindungi oleh Allah sentiasa sebagaimana Allah memelihara orang-orang yang beriman. Amiin...
Secebis doa untuk dikongsi bersama..diberi oleh seorang rakan:

“Ya
Allah, cukupilah diriku & ahli keluargaku dengan apa yang Engkau halalkan,
agar
kami tidak memerlukan apa yang Engkau haramkan”
Amalkan setiap hari di waktu pagi, petang dan malam dengan ikhlas dan yakin.
Subscribe to:
Posts (Atom)