Tuesday 17 December 2013

Untuk Renungan

Assalam dan salam sejahtera.

Pagi ni kite terbaca sepotong ayat dalam Instagram Jue Mohd yang membuatkan kite terfikir sejenak...



"Bila seseorang sudah BERUBAH,
jangan DIUNGKIT kisah silamnya.
Kita tidak pernah tahu betapa SUSAHNYA dia

cuba MELUPAKAN kisah silamnya itu..."


Kite tujukan renungan ini kepada diri kite sendiri. Astaghfirullah...





Saturday 14 December 2013

Recipe for Today: Pavlova

Pavlova
Sumber: irmadilondon

Bahan-bahan :


4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor (guna 3/4 cawan pon boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :


1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - gula icing pon boleh.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :


1. Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


2. Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 


Cara-cara :


1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.


2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.


3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, pukul lagi 2-3 minit. 


4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.


Tanda meringue dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 


5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 


6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 


7. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Ala-ala macam tebing. 


Kaedah membakar:


1. Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan oven 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 


2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. 

Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Kaedah menghias:


1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Petua nak memudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 


2. Bila whipping cream dah kental, masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 


3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Keluarkan bila nak mendeco.


4. Kemudian hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu lembik.


Siap!


Sorry takde kaedah bergambar. Takde kamera atau telefon canggih nak tangkap gambar. 


Tapi rasenye baca instruction pon boleh paham kan? :)

Tuesday 10 December 2013

Thank you CIMB! :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

I would like to take this opportunity to say thank you very much to all CIMB-Group of Customer Support for your efficient job and prompt reply on my cash withdrawal issue until the problem can be resolved in a very short period, which is less than 2 week. Good job, CIMB! :)



Sunday 8 December 2013

Contest SEO ERIDY

Assalam dan salam hujung minggu semua!

Aha, just nak share dengan semua ada blog contest anjuran Blogger Eridy bertajuk Contest SEO Eridy.  

To be honest, mula-mula kite tak tahu ape makna SEO. muahaha..cemane nak masuk contest kalo makna pun tak tahu, ye tak? Jadi di situ la cabarannya...hehe..

Ok, kepada sesiapa yang sama tahap pengetahuan nye macam kite, Blogger SKM Tahap 1 (entah-entah kite seorang sahaja..), di sini kite ada sedikit info tentang SEO.

What is SEO  

SEO merupakan ringkasan bagi perkataan Search Engine Optimization. SEO adalah satu metadologi bagi strategi, teknik dan taktik yang digunakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke sesebuah laman web dengan mendapatkan penempatan tertinggi dalam enjin carian termasuk Google, Bing, Yahoo dan enjin carian lain.

SEO membantu bagi memastikan sesebuah laman web boleh diakses oleh enjin carian dan meningkatkan peluang sesebuah laman web itu boleh ditemui melalui enjin carian. 

Jadi semakin tinggi kedudukan sesebuah laman web itu dalam ranking keputusan organik carian, maka semakin besarlah peluang sesebuah laman web itu akan dikunjungi pengguna.

Maka dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang SEO, kite ingin menyertai blog contest ini dengan harapan:

  1. dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam dunia blogging
  2. dapat menambah bilangan rakan blogger.
  3. mendapat kemenangan..hehehe..
Jom kita sertai Contest SEO Eridy, jom!
Please check below for further details about the contest, ya! :)

Contest SEO Eridy

Sumber: Blog Eridy
Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13

* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
Hadiah
Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6
Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Thursday 14 November 2013

Allah itu Maha Mengetahui...

Hari ini dengan izin-Nya kite berpeluang membaca pengalaman hidup rakan blogger lain yang dianugerahkan Allah satu keistimewaan dalam dirinya iaitu sifat kesabaran yang tinggi.
Jika nak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri kepada kite, rupenye hanyalah sekelumit berbanding insan lain..SubhanAllah..
Kite doakan semoga insan-insan yang kuat semangatnya ini sentiasa dirahmati dan diberkati hidupnya oleh Allah.
Teringat mase membaca kisah Talib & Norma kat Moon punyer blog . Sambil baca, sambil kite mengalir air mata. Terasa sangat hiba hingga takde mood nak terus bekerja hari tu.
Kemudian daripada blog I'm Yours hasil nukilan Nurul Azri turut mengharukan..betapa tabahnye beliau berjauhan dengan suami tercinta selama berbulan-bulan kerana tuntutan kerja...biase kite dengar istilah 'weekend couple' kan. Tapi kalau macam ni nak gelar ape ek..
Dan dari blog I'm Yours kite telah membaca blog Encik Abil, Warkah Buat Isteri..isk..isk..isk..sangat-sangat menyentuh perasaan..Betapa hebatnya ujian, betapa teguhnya hati dan perasaan Encik Abil tatkala diuji oleh Allah.
Syukur, melalui pembacaan kite, kite dapati mereka-mereka ini semakin diuji semakin dekat denganNya..Itulah doa kite juga, semoga Allah kuatkan iman kite, suami dan keluarga. Amiin..

Saturday 9 November 2013

"Rasulullah is My Doctor"

Entri kali ni kite nak bagi penerangan sikit tentang buku "Rasulullah is My Doctor" hasil karangan Jerry D. Gray. Tapi buku yang kite beli ni sudah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh ... alahai tak ingat la siapa nama penterjemahnye..ampunkan patik tuan hamba..(yang pasti dia ini lelaki).
Image
Gambar dari pts.com.my
Sangat mengharukan apabila mengetahui Jerry D. Gray ni merupakan seorang mualaf yang memeluk Islam pada tahun 1982 (nama pon dh sah-sah omputeh kan). Ternyata hamba Allah yang dikurniakan hidayah oleh Allah ini telah mengkaji dengan seluruh jiwa dan raganya sehingga terterbitnya buku "Rasulllah is My Doctor".
Jadi memandangkan kite ni bukanlah seorang penulis yang hebat dan ape pon takde, maka kite berharap semoga mendapat keizinan dari tuan punya buku/penterjemah/penerbit untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan pengetahuan yang kite dapat hasil dari pembacaan buku ini. (Jangan sue kite ye, kite ni ape pon tak ade... huhuhu...) Manelah tahu ade di kalangan rakan-rakan sekalian ade yang ingin mula mengamalkan perubatan ikut sunnah Rasulullah. Semoga kita semua manfaat ye kawan-kawan..
Tetapi kepada sesiapa yang berminat nak memiliki buku ni, aha lagi bagus..:) Bolehla memiliki buku yang sangat best ini di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda. Tak mahal, senaskah buku berharga RM25.00 sahaja. Beli ye, jangan tak beli. :)
Oke, semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
InsyaAllah dengan izin Allah...:)

Monday 7 October 2013

Recipe for Today: Buttered Prawn

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. :)
Selamat berhujung minggu. Bestnye dapat meluruskan pinggang lame2 kat tilam kan kan kan? :)
Semalam kami sekeluarga berpeluang pergi ke Halfest, Pameran Makanan Halal Malaysia kat MIECC (Pusat Pameran Mines). Ramainye orang..syok tau pi pameran makanan ni,  pasal boleh test food for free..hehehe.. banyak tu gerai dia.. ada lebih 500 gerai, termasuk makanan, produk penjagaan diri dan macam2 lagi le..kitorang jalan punye jalan sampai tak larat nak jalan. penatnye toksah kire le..dengan melayan dua orang puteri tak reti melayu tu..si nuha tu asyik jalan sambil berangan je..si adnin tu pulak asyik nak turun jalan..bahaya woo..ramai orang, silap haribulan boleh jadi tragedi ibubapa kehilangan anak pulak..nauzubillah..
Papepon, memang best..kemudahan toilet pun bersih dan selesa.. :) tapi ada satu part yang tak best. :( Ruang solat yang sangat terhad kat G floor..orang ramai, tapi ruang solat ciput je..hopefully pihak pengurusan lebih sensitif dalam bab ni, kate pusat pameran, dah sah2 le ramai orang yang datang kan, abeh tu ruang solat tu kene le buat lebih besar dan selesa. baru la boleh dapat 5 bintang. :)
Balik tu nuha dgn adnin dua2 pengsan..bestnye....nak tumpang sekaki boleh..hehe..padahal dh ternganga mulut dalam kereta on the way balik tadi tak sedar lagi..
Kite pulak siap2 buat2 busy le siapkan dinner..kene masak le cek oi..nanti budak 2 orang tu bangun lapar cemane..walaupon dalam hati ade perasaan malas, tetap juga kite gagahkan diri memasak simple dinner untuk MyHusband dan anak2..
Menu dinner kite simple je. Nasi putih, butter prawn dan sayur buncis dan cauliflower..senangkan, setengah jam dah siap. ;) tipula tu..mcm terer nau ko masak..
Resepi butter prawn tu kite dapat dari Dapur kak Azlita Masam Manis tau..so far kite memang tetamu setia blog kak Ita..macam2 ada..best tau..
Resepi Butter Prawn ni kite nak kongsi pasal akak kesayangan kite pon suke makan mende ni. Dedolu mase kiteorang masih mude belia, kitorang kan agak rajin le jejalan kan, jadi sudah terasa la ini resepi kat satu hotel tu kat Santubong. Mase tu akak kite kursus, kite pon tumpangla sekaki. Sedap mak ai, so creamy..so yummy..pegi makan kat tempat lain kalau ade butter prawn pon, tak same sedapnye macam buttered prawn kt hotel santubong tu..susah bangat nak dapat merase buttered prawn sesedap tu.. Last skali kite terjumpe kat dapur kak Ita..alhamdulillah..Terima kasih kak Ita atas perkongsian. I lap u.. :)
Jadi, untuk tatapan kekanda ku Kekla, dan sesiapa yang tak berapa pandai memasak tu ya. hehehe..kite pon tak pandai masak. check it out this resepi oke, sangat simple dan mudah diikuti? Cuba ye,  jgn tak cube.. ;)
RESEPI BUTTERED PRAWN
Sarang Telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 senduk butter/margerin
  • 1 cawan minyak masak
  1. pukul ringan kuning telur
  2. panaskan butter bersama minyak (sebaiknya guna senduk bulat)
  3. bila minyak sudah panas, pusing2kan minyak dengan senduk laju2 membentuk bulatan sehala tanpa henti. (buat pusingan lawan jam lagi bagus, ikut stail tawaf :))
  4. Sambil buat pusingan senduk pada minyak tadi, tuang kuning telur ke dalam kuali, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali halus je. tuang sampai habis.
  5. Masak sehingga telur berwarna keemasan. Angkat dan tuang ke dalam tapis santan besi untuk toskan minyak nye.
Udang
  • 12 ekor udang
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng udang
  1. Udang digaul dengan garam dan lada sulah.
  2. Goreng udang sehingga warna udang berubah  dan agak masak. Jangan goreng terlalu lama, nanti udang kecut tak cantik dan agak keras bila dimakan.
  3. Angkat udang dan toskan minyaknya.
  4. Keluarkan minyak dari kuali, tak nak guna dah minyak tu.
Untuk Menumis
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 6-8 tangkai cilipadi - hiris
  • 5 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar. Rase kite susu cair lebih sedap, lebih creamy..
  • Sedikit butter/margerin untuk menumis
  • Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka, tapi kite suke :)
  • Garam secukup rasa
  1. Panaskan butter dalam kuali.
  2. Tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan susu cair dan masak sebentar.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng.
  5. Masukkan sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa.
  6. Setelah semua bahan masak dan mesra, angkat dan letak dalam pinggan hidangan. Taburkan sarang telur yang kite buat mula2 tadi. SIAP :)
Sorry, takde gambar..kite takde kamera you..Takde gambar pon tak ape, insyaAllah mesti jadi punye..Selamat mencube.. :)

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com