Wednesday 6 August 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum My Nuhas. :)

Alhamdulillah syukur. Tahun ni kita diberi kesempatan oleh Allah untuk menikmati suasana hari raya Aidilfitri. :)

Tahun ni hari raya pertama kita sekeluarga berhari raya di rumah Nenek Asuria dan Atok Rahim di Sg. Buloh. Kita bertolak ke rumah Atok dan Nenek pada hari Sabtu malam lebih kurang pukul 12 pm. Nuha dan Adnin masuk kereta je terus tido. Abi berenti sekejap kat Petron Taman Melati beli coklat, air dan roti. Nampak ada beberapa keluarga pon membeli-belah di Petron. Hehehe..terasa macam kita nak balik beraya jauh pulak. Macam nak balik ke Kedah ke, Kelantan ke... Hihihi...Seronok rasa hati. :)

Sampai umah Atok dan Nenek hampir pukul 1 pagi. Mujur Atok dan Nenek tak tido lagi. Suprisingly, smpai kat umah Atok dan Nenek, mata Ummi tak mengantuk! Pecah rekod, sebab sepanjang Ramadhan tahun ni mata Ummi asyik nak terlelap je kan? Mcm di gam2 mengantuknya. Hanya Allah je yg Maha Mengetahui. :)

Rupa-rupanya Nenek dengan Abi pon tak boleh tido.
Jadi kami tengok siaran TV AlHijrah, siaran lagsung Sembahyang Sunat Tarawikh dari Mekah. SubhanAllah. Terharu melihat Imam Mekah baca surah dan doa smbil menangis2. Iyalah, malam tu merupakan malam terakhir Ramadhan. Mereka sangat faham dengan terjemahan surah dan doa yang dibaca. Maka sebab itula mereka berasa sgt sebak. Muhuhuhu..Kami pun turut sama menangis.

Esok paginya Ummi tolong nenek buat ketupat palas. Tak lama lepas tu Acu dan Achik datang. Achik terer gila menganyam ketupat. Ummi macam biasa, setahun sekali je tolong menganyam jadi agak terkial-kial le sedikit. Memang cepat kerja menganyam tu habis. Sebab kepantasan Achik la tu. :)
Alhamdulillah Nuha dan Adnin tak banyak ragam masa Ummi tolong Nenek. Nuha pun ringan tulang dan rajin membantu bila Ummi perlukan pertolongan. :) Terima kasih, sayang. Ummi sayang kalian.

Seperti biasa kalau giliran beraya di rumah Atok dan Nenek, kita memang kurang berjalan raya. Duduk rumah sahaja, tengok tv, makan, bila ngantuk tido..bangun tido sambung balik makan. Hehehe..

Walaupun tahun ni Ummi dan Abi cuti panjang (asal plan nak balik Melaka) tapi memang dah tiada rezeki nak balik Melaka, akhirnya kita beraya di rumah kita je. Kesempatan cuti yang panjang tu Ummi dan Abi gunakan untuk tukar tikar getah kat rumah kita. Kebetulan ada rezeki sikit untuk beli tikar getah yang baru. Boleh tahan jugak harga tikar getah, segulung RM275. Tikar getah yang lama tu dh banyak yang koyak sampai nampak simen rumah kita. Kalau ikutkan hati Ummi, Ummi teringin nak pasang timber flooring kat rumah sewa kita. Kira hadiah kat Tuan Rumah la. Tapi, ongkosnya ngak ada. Kosnya agak mahal. Maka ukur baju di badan sendiri ya. :)








Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com