Sunday 5 April 2015

ODOR-X-Crystal Deodorant

Bismillahirrahmanirrahim.

Tidak dinafikan sesetengah orang mempunyai masalah bau badan yang agak serius.
Walaupon dah sekilo bedak diletakkan di bawah ketiak, namun bau ketiak masih tetap mengancam spesis di muka bumi ini. Hehe..
Bau kaki jugak begitu. Walaupon setiap hari tukar stoking baru yang wangi, namun habis waktu bekerja petang, bau kaki tetap mengancam kalbu.

Baru-baru ini kunjungan saya dan M ke pameran WORLD MIHAS di KL Convention Centre telah menemukan saya dengan penyelesai masalah bau badan iaitu...jeng jeng jeng...

ODOR-X
Natural Antiseptic
Crystal Deodorant

Ketika mula-mula dipromosi oleh wakil syarikat yang menjual ODOR-X ni, saya seperti tidak berminat sebab sebelum ni pon saya pernah mencuba produk seperti ini, Smelly-No-More, jadi saya fikir produk ni pon sama je. Rupa-rupanya kata puan tu, mungkin cara penggunaan saya tidak betul jadi produk itu tidak berkesan ke atas diri saya. Kata beliau fungsi bahan utama crystal deodorant ini adalah garam mineral yang ternyata berkesan menghalang pertumbuhan bakteria di kawasan yang bermasalah. Sepatutnya sekiranya kita menggunakan dengan betul, garam mineral itu mampu menghalang bakteria dari hidup.   Eh, iye ke? 
Kata beliau, cara pengunaan yang betul untuk produk crystal deodorant ialah:

1. Selepas mandi wangi-wangi, basahkan permukaan crystal deodorant dengan air.
2. Sapu crystal deodorant pada permukaan kulit yang bermasalah. Sapu beberapa kali sampai puas hati.
3. Untuk sapu ke bahagian lain yang bermasalah, basuh dahulu permukaan crystal deodorant yang telah tercemar tadi. Kemudian sapu crystal deodorant ke tempat bermasalah lain.
4. Ulang  1-3 sampai puas hati dah sapu kat semua tempat bermasalah.
5. Basuh sekali lagi crystal deodorant dengan air, dan keringkan supaya ia tahan lama. 

Peringatan di sini, kalau badan kita dah berpeluh, no point kita apply crystal Deodorant ni ek, pasal bakteria dh hidup suka-ria kat tempat bermasalah kita tu. Make sure kita pakai selepas kita mandi bersih-bersih dan wangi, oke. :)

Alhamdulillah selepas seminggu mencuba produk ODOR-X ini mengikut saranan puan tu, memang berkesan. Syabas bete!

Produk ODOR-X ni buatan Malaysia, halalan toyyiban, tanpa alkohol dan boleh didapati di farmasi terkenal seperti Guardian. Tempat-tempat lain saya tak berapa pasti pasal tak sempat nak survey.   

Jadi kesimpulan di sini, bukan salah produk tidak berkesan, tapi salah penggunaan. hik hik..

Selamat mencuba!




Journal Seorang Eksekutif Pemasaran (JSEP): Prakata

Bismillahirrahmanirrahim.

Idea untuk menghasilkan journal ini didorong oleh Allah kerana ia terlintas di fikiran secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pergi bertemu potential client di Bangi.

Sebenarnya ketika itu perasaan saya begitu berbaur-baur sekali.
Memikir antara betul atau tidak keputusan yang saya ambil untuk berkecimpung dalam dunia pekerjaan pemasaran ini.
Saya pernah bekerja dalam dunia pemasaran tetapi masih tidak cukup ilmu yang saya pelajari untuk saya jadi kuat sekarang.

Jadi, dalam journal ini, memandangkan saya memang bermula dengan zero dalam bidang ini, saya akan cuba mencatat secara terperinci setiap pengalaman saya membuat pemasaran untuk menaikkan rating pelanggan dalam bidang kerja baru saya ini.

Rabbi yassir wala tu assir.


Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com