Monday 30 March 2015

Yang Benar itu Pahit?

Bismillahirrahmanirrahim.

Benarkah perkara yang benar itu pahit?
Pernah dengar tak, "Berkata benar lah kamu sekalipun iyanya pahit." Ha, pernah? Pernah?

Hehe..
Oke, berdasarkan dari pengalaman sendiri, memang betul, nak bagitahu sesuatu perkara yang benar tapi buruk tentang seseorang tu memang agak pahit, sebab kita tahu orang itu pasti susah nak terima atau akan merasa kecik hati dengan pernyataan kita.

Tetapi melalui pengalaman sendiri juga (hehehe) saya pernah ditegur tentang sesuatu perkara yang betul tentang diri saya, tetapi sudah pasti nampak buruk di mata orang lain seperti fesyen saya yang tak kena gaya, berat badan saya yang semakin naik, atau perangai saya yang sangat tak semenggah.. oleh seseorang yang sangat selamba (kalau tak selamba takkan dia tergamak nak tegur betul tak?) and rasenye..ouch.. ouch..tersangatla pahit juga. Tak tahu bagaimana mahu membuat muka pada ketika itu...

Kalau kita lihat perkara itu dari sudut negatif, memang rase malu (yes, actually malu tu yang paling nyata) dan kemudian rase bengang pon datang. Bengang sebab "eh, kenapa selamba sangat dia ni mengata aku nih.. haish!!"

Hehehe..

Tapi cuba kita positifkan diri kita..

Sesiapa yang tegur kita tentang sesuatu kebenaran yang kita kalau boleh tak nak dengar itu sebenarnya ikhlas dengan teguran nya. Tapi mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat menjadi lebih sedap didengar. Kasihan si dia tu...merka sepatutnya dikasihani..

Jadi pokok pangkalnya diri kita...

Kalau sesuatu perkara yang negatif, tetapi dilihat secara positif akan menjadi positif.

Bravo..



Belajar untuk Terima Segalanya dengan Redha

Bismillahirrahmanirrahim...

*Monolog diri*

Ini kisah lama berulang kembali.
Aku selalu menilik diri, memang banyak kelemahan diri.
Yang aku cuba perbaiki, tapi memang makan hari.
Mungkin bulan. Mungkin tahun.

Tapi kisah lama ini memang aku selalu berharap ia kekal pergi.
Pergi meninggalkan kami. Pergi yang sepatutnya tidak kembali.
Beri ruang dan waktu untuk kami sekeluarga mengatur diri.
Ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan terisi.
Hadirnya memang menggangu situasi.
Membuatkan aku hilang di bawa arus perasaan sendiri.

Setiap kali kisah lama ini menjengahkan diri
Aku yakin ada hikmah dari Ilahi yang hendak diberi
Aku cuba kuat melawan emosi
Menerima kehadirannya dengan rela hati.
Berusaha kuat memujuk sang hati
Supaya bersabar dan mengawal diri
Walau riak emosi tidak mampu menyorok galau di hati

Yakinlah duhai hati, ini ujian dari Allah untuk diri ini
Ujian untuk membentuk peribadi
Ujian untuk menguji tahap iman dihati
Ujian kepada hambaNya yang diingati..
Allahu Akbar..




Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com