Wednesday 23 July 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum...

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat berkah.
Sudah pasti setiap umat Islam tertunggu-tunggu kehadiran bulan Ramadhan bagi meningkatkan pahala lebih-lebih lagi segala usaha dan perbuatan baik Allah akan lipat gandakan pahala. Wallahua'lam.

Satu keistimewaan bulan Ramadhan pada saya ialah Solat Sunat Tarawikh setiap malam selama sebulan.
Itu adalah perkara yang saya rindui di bulan-bulan biasa, apabila mendengar suara imam membaca ayat suci Al-Quran, dan bilal pula menyeru jamaah menunaikan solat sunat tarawikh disamping selawat-selawat yang dibaca selepas selesai solat dua rakaat.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang merebut kebaikan bulan Ramadhan ini bergantung kepada keadaan dan keuzuran setiap individu.

Bagi saya Ramadhan tahun ini benar-benar menguji iman dan kesabaran. Fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Selemah-lemah iman ialah beristighfar, berdoa dan berdoa kepada Allah mengharap keampunan dan keredhaanNya. Mudah-mudahan Allah menerima doa saya dan ampunkan dosa saya sekeluarga.

Misi mengejar malam Lailatul Qadar juga menjadi matlamat. Walaupun mata saya serapuh kayu reput, tapi keinginan untuk mengalami sendiri malam lailatul qadar telah lama tersimpan di hati. Terus terang saya tidak pernah bertemu dengan malam yang sangat istimewa ini. Mungkin saya belum cukup istimewa untuk dapat merasai pengalaman malam ini atau usaha saya belum cukup kuat. Dan saya berasa gentar untuk bertemu malam ini kerana tidak pernah mengalaminya. Alangkah ruginya saya :(.
Bagaimana agaknya rupa malam Lailatul Qadar ini ya?

Sekian sahaja.




Wednesday 16 July 2014

Bekas Beras Tupperware

Assalamualaikum.

Muahahaha..gelak dulu.
Macam poyo je kan.
Orang dah berzaman pakai bekas ni.
Saya yang baru mengijak dari zaman batu ke zaman pertengahan, baru terhegeh2 nak up pasal bekas beras tupperware ni. Muahahaha..


Eh, eh, bukan gambar sebelah kiri ek, gambar sebelah kanan. Ha, cantikkan! Dan nampak praktikallah :)
Saya suka... saya suka...
Sebenarnye dah lama jugak saya usha bekas isi beras ni. Semenjak bekas isi beras yang mama bagi tu sudah dijadikan bekas mengisi air masa takde air hari tu, makanya bekas berisi beras ku menjadi sangat kreatif. Guna apa sahaja yg ada di rumah!
Tapinye bila tanya pada M nak beli bekas beras ni, katenye tak payahla. Mahal!
Iyela, memang sangat mahal bagi saya kalau nak dibeli secara tunai. Tak mampu dik non.

Alih-alih tengah hari ni sedang saya merasa lemau, tetiba dapat IM dari Tini.

MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:33 PM]:
  manisa
  yg tempat beras tupperware tu harga katalog rm289 kan?
  upline aku kata dia ada stok lama warna merah
  sbb ko dan MA dlm line aku ada tanya
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:34 PM]:
  ok, nape dh murah ke harga dia
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:35 PM]:
  yer... tapi dia punya stok lama
  dia ada beli time offer
  aku jual rm210
  tapi warna merah
  dlm kataog warna oren
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:36 PM]:
  hmm...boleh tak beli hujung tahun. hehehe
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:36 PM]:
  ko amik dulu boleh?
  takut stok habis
  amik dulu, bayar belakng citer
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:39 PM]:
  alahai, aku kene tya M dulu
  hari tu aku ada ckp dgn dia kate nak beli bekas beras tupperware tu
  tp dia kate mcm takpayah bile dgr hargenye yg ratus2 tu
  aku takut ar nak hutang ni. muhuhuhu
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:40 PM]:
  takpelah.... kalau ko nak tanya izin dia....
  aku ni main beli jer.... mula2 bising, lama2 benda yg dia bising tu byk berjasa dgnnya
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:41 PM]:
  hehehe
  tp kalau aku nak ambik dulu, cmane nak byr ansurannye
  sebulan 50 hengget boleh ke
  oh, bertambahla komitment bulanan aku..*-*
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:42 PM]:
  boleh jer
  byk juga tu rm50 setaip bulan
  ko pikir lar yer
  aku nak tolong kawan2 dgn dpatkan harga yg murah daripada upline aku
  hehehee   
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:43 PM]:
  banyak ek
  paling kurang boleh bbyr bape
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:45 PM]:
  suka hati ko...
  kalau setiap pay rm30 X 6 = dah RM180
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:46 PM]:
  oobagus jugak kan
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:46 PM]:
  balance rm30 bila2 duit bonus ker...
  aku dah siap kirakan utk ko...
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:46 PM]:
  hm..bijak2.
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:46 PM]:
  tak nampak sgt kan?
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:46 PM]:
  hehehe
  kelakarla pulak
  kire tiga bulan settle ek
MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:47 PM]:
  belum ... sampai bulan 10, 
  yg rm30 tu.... bila2 ko ada duit lebih lar yer
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:49 PM]:
  iyele, lebeh sket dari tiga bulan. kalo aku byr 35 skali pay bulan jul=70, bulan aug=140, bulan sep=210
  ha, settle kan
 MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:49 PM]:
  yes, good calculation
  SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:50 PM]:
  iyeke
 MAT HASIN Hartini (SCM-IC_Assy) [1:54 PM]:
  so kira jadi ker ni?
SALLEH Manisa (SCM-Finance) [1:55 PM]:
  insyaAllah jadila ko
  *kot
  hehehe *still takut nak kate ye*

Ha, gitula lebih kurang cemane boleh saya telah memberi persetujuan awal untuk membeli bekas beras itu tanpa memberitahu M dulu. Ya Ampun...

Ok, di sini saya bagi 5 sebab kenapa saya perlu membeli bekas beras Tupperware ni:
  1. Nuha dengan Adnin suka sangat main beras. Abis beras bertabur2 dibuat mereka. Tak baik membazir!
  2. Boleh bayar ansuran. Lepas ni takkan ada peluang macam ni dah!
  3. Bekas beras ni comel sangat. Dah lama saya nak beli. :P
Ala, boleh bagi 3 sebab je. lagi 2 sebab dah tak boleh nak pikir dah..
Acaner ni..


Tuesday 15 July 2014

Doa Akhir Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, 
Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.
Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.
Ya Allah, 
Terimalah puasa kami dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu Ya Allah. Sehingga Engkau menangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.
Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan.
Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam Lailatul Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.
آمــــــــــــــــــين
يا ربّ العالمين

Tuesday 8 July 2014

Selamat Datang Ola & Oli

Assalamualaikum My Dearest Nuhas,

Semalam lepas berbuka dan sembahyang Maghrib di Surau Bukit Mulia, terus Abi ajak beli CD kat Bukit Antarabangsa. Dalam hati Ummi berkata gak, eh eh, nak beli cd pulak en M ni.

Abi dengan Nuha je masuk kedai cd. Ummi dengan Adnin tunggu dalam kereta. Nampak 2 ekor anak kucing tengah main2 kat kaki lima kedai. Gebu.

Kemudian bila Abi sampai di kereta, tiba-tiba Abi bagitau terasa macam nak bawa balik anak-anak kucing tu. Nak bela katanya.

Mula-mula refuse gak, sebab sejak habis sekolah Ummi alah dengan bulu kucing. Nanti hidung gatal tak berenti. Lagi satu risau la pulak kalau anak kucing tu ada tuannya.
Jadi Ummi cuba tanya auntie kedai dobi berdekatan. Katenye dari pagi tadi kucing tu kat situ. Sianla pulak.
Ummi ambik keputusan bolehla bela anak kucing ni. Walaupon kat rumah pun dah ade mak bapak abang kakak kucing yang dah menunggu. :P

Abi terus singgah Giant beli makanan anak kucing. Bersemangat betul Abi. Syabas bete! :)

Sampai rumah Ummi dan Abi dah pening kepala nak letak kat mana anak-anak kucing tu. nak bagi lepas takut berak dan kencing merata2. Nak masuk kotak, takde kotak besar yang sesuai. Alhamdulillah akhirnya Abi tanya Achik Auni dan dia ada sangkar yang sesuai untuk anak kucing. Pinjamla sekejap sementara Winter belum beranak. Terima kasih Auni. :)

Jadi, rupa-rupanya ada hikmah Abi ajak pi kedai cd tu. Untuk bertemu dengan Ola dan Oli.
Welcome to our home Ola & Oli! :)



Monday 7 July 2014

Telekung pertama Nuha

Assalamualaikum.

Nuha anak yang sulung.
Tahun ni umur dia 5 tahun. Sekarang ni masih 4 tahun 10 bulan.
So far, I still did not send her yet to any kindergarden or taska. Pity her, left behind compared to other children same age with her. :)

Ammar, her cousin (anak abang Munir) same age, already go to school at PASTI.
Actually, last year I was planned to send Nuha to PASTI too.
Already surveyed, but belom ade rezeki lagi nak hantar Nuha pi sane.
Jadi postpone tahun depanla ye Nuha.
Tengok progress Ammar kat PASTI, I am happy.
Budak berumur 5 tahun boleh bace surah Al-Mulk. SubhanaALLAH.
Erk, tapi bukan baca la, hafaz. Budak2 kan cepat tangkap apa yg dia dengar, kan? :)
So, I wish to send Nuha there next year. InsyaALLAH. Moga ALLAH permudahkan.

Actually, I was thinking and afraid that in terms of parenting, M and I were late in preparing our children to expose to new things, like:

1. Late in sending her to education centre so that she can learn early..she can read...
2. Late in sending her to Iqraq Class..
3. Late in teach her how to read ABC, how to count 123...

At this moment, so far Nuha can count 1 to 10, but not so familiar with ABC, don't know how to read, but she know object well. If she dont know she will ask.
I really hope Nuha can catch up during her school later. I am really worried as I don't bring her up so well. Muuhuhu..

And as a start, I bought Nuha telekung last weekend. I thought want to ask her to join me do the praying together. :) I love you Nuha.


Tuesday 1 July 2014

01.07.07

Dear My Nuhas,

Ummi nak mengabadikan tarikh penting dalam hidup ummi dan Abi untuk pengetahuan kalian.

01.07.07 - Berjumpa kali pertama.
01.06.08 - Bertunang
01.08.08 - Nikah

Pertemuan yang sangat manis. Abi terlambat satu jam. Tertidur rupanya. Takpe, Ummi tak rasa marah pun. Beli surat khabar dan baca sambil tunggu Abi. Sangat santai. :)
Ingat lagi Abi pakai kemeja putih, cap biru. Pegang payung, basah sebab hujan.
Rupa-rupanya Abi berjalan kaki dari rumahnya ke tempat pertemuan kami.

Berjumpa pertama kali kami kurang berkomunikasi. Hanya saling tersenyum. :)
Itu lah keistimewaan Abi di mata ummi. Sederhana dan tidak beriya-iya menonjolkan diri.
Pemakaian ummi ketika itu pun sangat sederhana dan langsung tiada ciri-ciri memikat. hehehe.
Itula dia, jodoh pertemuan telah ditentukan olehNya.
Akhirnya jadilah kami Ummi dan Abi kalian. :)

Semoga kita sekeluarga dikurniakan rahmat dan dilindungi oleh Allah sentiasa sebagaimana Allah memelihara orang-orang yang beriman. Amiin...

Secebis doa untuk dikongsi bersama..diberi oleh seorang rakan:
“Ya Allah, cukupilah diriku & ahli keluargaku dengan apa yang Engkau halalkan,
agar kami tidak memerlukan apa yang Engkau haramkan”

Amalkan setiap hari di waktu pagi, petang dan malam dengan ikhlas dan yakin.




Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com