Wednesday 23 July 2014

Ramadhan 2014

Assalamualaikum...

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat berkah.
Sudah pasti setiap umat Islam tertunggu-tunggu kehadiran bulan Ramadhan bagi meningkatkan pahala lebih-lebih lagi segala usaha dan perbuatan baik Allah akan lipat gandakan pahala. Wallahua'lam.

Satu keistimewaan bulan Ramadhan pada saya ialah Solat Sunat Tarawikh setiap malam selama sebulan.
Itu adalah perkara yang saya rindui di bulan-bulan biasa, apabila mendengar suara imam membaca ayat suci Al-Quran, dan bilal pula menyeru jamaah menunaikan solat sunat tarawikh disamping selawat-selawat yang dibaca selepas selesai solat dua rakaat.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang berpeluang merebut kebaikan bulan Ramadhan ini bergantung kepada keadaan dan keuzuran setiap individu.

Bagi saya Ramadhan tahun ini benar-benar menguji iman dan kesabaran. Fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Selemah-lemah iman ialah beristighfar, berdoa dan berdoa kepada Allah mengharap keampunan dan keredhaanNya. Mudah-mudahan Allah menerima doa saya dan ampunkan dosa saya sekeluarga.

Misi mengejar malam Lailatul Qadar juga menjadi matlamat. Walaupun mata saya serapuh kayu reput, tapi keinginan untuk mengalami sendiri malam lailatul qadar telah lama tersimpan di hati. Terus terang saya tidak pernah bertemu dengan malam yang sangat istimewa ini. Mungkin saya belum cukup istimewa untuk dapat merasai pengalaman malam ini atau usaha saya belum cukup kuat. Dan saya berasa gentar untuk bertemu malam ini kerana tidak pernah mengalaminya. Alangkah ruginya saya :(.
Bagaimana agaknya rupa malam Lailatul Qadar ini ya?

Sekian sahaja.




No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com