Tuesday 23 September 2014

Sunsilk Perfect Straight


* ini bukan segmen tajaan :)

Pengalaman saya selama lebih suku abad sebagai seorang manusia di muka bumi ni, belum pernah lagi mengalami perasaan yg sebegini hebat ketika selepas bershampu. Diakui rambut saya bukanlah jenis yg lurus bersinar. Jadi perasaan rambut halus mengerbang ditiup angin tu tengok dalam televisyen sahaja ye, harap maklum.

Jadi  dipendekkan cerita, lepas terbaca iklan kat blog kak Pilla pasal shampu Sunsilk warna hijau (ape tah nama dia, tak ingat maaf ek, saya terus cari shampu tu mase pi shopping kat Giant. Kebetulan ade promoter Sunsilk kat situ, terus dia tawarkan saya Sunsilk Perfect Straight. Ek, lagi bagus ke? Okla, bolehla cuba. 

Ya Allah hai, sememangnye shampu Sunsilk Perfect Straight ni memang sesuai dengan biologi rambut saya. Seriously,  lepas saya shampu pada malam hari, keesokan hari nye memang dah terasa perubahan. Sikat rambut memang jadi sangat senang. Tekstur rambut jadi licin. Aih, tak tau le apa kandungannya sampai boleh jadi macam tu, tapi memang kepakaran Dr Yuki benar-benar boleh dipuji. :) 

Esoknye tu saya shampu lagi..malam tadi pon saya shampu lagi..hehehe..seronok pulak rase di hati. :)
Syukur alhamdulillah Allah gerakkan hati saya beli shampu Sunsilk Perfect Straight ni. Memang berbaloi!

Tuesday 9 September 2014

Push yourself to the max limit

Assalamualaikum.

Secara peribadi, saya mengaku di kala usia mencapai 33 tahun, saya belum mencapai kejayaan peribadi yang boleh dibanggakan dalam hidup. Saya ibaratkan diri saya seorang insan yang sangat kerdil yang segala-gala kerdil sahaja. Ok, bunyinya macam seorang yang kecewa. Tetapi saya masih belum mahu kecewa. Saya mahu positif dengan apa yang saya ada sehingga ke hari ni.

Sebenarnya saya mula sedar bahawasanya saya adalah seorang yang 'playsafe' hanyalah setelah saya habis belajar dan mula memasuki alam kerjaya. Sejak dari kecil, hinggalah ke alam pembelajaran sekolah dan universiti, saya jarang push myself to the max. Sebagai contoh, ketika berpersatuan di universiti, saya lebih gemar menjadi pengikut kepada rakan-rakan yang ketika itu memegang jawatan penting dalam persatuan. Saya menjadi pengikut setia mereka ke sana ke mari sehingga lah saya habis pengajian. Saya berasa seronok menjadi tulang belakang sahaja dari menonjolkan bakat terendam saya. Pernah sekali dua saya diberi peranan penting dalam mengelolakan sesuatu program, hasilnya program tersebut gagal dilaksanakan kerana saya berasa kurang mampu untuk meneruskan perlaksanaan program tersebut. Ini adalah kerana saya tidak mahu push myself to the max limit.

Ok, saya akui saya agak aktif dalam bidang sukan. Bola jaring adalah permainan ruji saya dari sekolah rendah sampailah menengah. Di universiti saya aktif dalam sukan sofbol. Tetapi setakat wakil pasukan sahaja. Saya bukanlah seorang pemain terbaik sekolah atau universiti. Saya sedar ini adalah kerana sikap saya sendiri yang tidak mahu push myself to the max limit.

Seingat saya semasa saya kecil dahulu, saya merupakan seorang budak yang cerdik. Saya sudah lancar membaca ketika berusia 5 tahun. Saya pon tidak tahu dari mana saya dapat kelebihan itu, sedar-sedar sahaja saya sudah pandai membaca. Darjah satu saya sudah baca Al-Quran sehingga juzuk 20. Di sekolah KAFA saya layak masuk tahap 3, kelas untuk budak yang mengaji Al-Quran, tetapi saya tidak mahu tinggalkan kelas tahap 2, kelas untuk budak mengaji Muqaddam. Saya kurang pasti kenapa saya bersikap demikian, tetapi saya memang suka playsafe dan tidak mahu push myself to the max limit.

Saya menyesal sebenarnya kerana tidak mempergunakan zaman pembelajaran saya untuk meneroka secara serius kelebihan yang mungkin ada pada diri. Saya berasa saya adalah insan yang sangat rugi kerana tidak mengunakan masa dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan potensi diri. Hasilnya sekarang saya hanyalah insan yang biasa sahaja.

Saya akui sebahagian diri saya masih mempunyai sikap yang playsafe itu. Mungkin sudah sebati dalam diri saya, perlu azam yang kuat untuk buang sikap itu. Saya juga tidak dapat merubah segala kekurangan pada diri saya di masa lalu. Masa yang telah berlalu tidak boleh berpatah balik. Namun, apa yang boleh saya lakukan sekarang ialah memastikan diri saya dan orang di sekeliling saya, tidak melakukan kesilapan yang sama seperti yang telah saya lakukan dahulu. Saya akan mengalakkan orang di sekeliling saya untuk mencabar potensi diri bagi mengetahui tahap sebenar kekuatan diri masing-masing. :) alhamdulillah sekurang-kurangnya kita cuba sedaya-upaya sebelum mengaku kalah kan?

mashelas: Orang yang selalu push myself to the max limit ialah bekas bos-bos saya. Mereka yang selalu nampak potensi yang ada di dalam diri saya. Love you all my ex-boses. :)


Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com