Friday 30 May 2014

Selamat Datang Bulan Syaaban

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Ahlan wa sahlan ya Syaaban. :)

Hari ni bertarikh 30 May 2014 bersamaan 1 Syaaban 1435 Hijrah.
Syukur alhamdulillah tahun ni masih diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan bulan Syaaban yang penuh rahmat dan berkat.
Semoga Allah kurniakan kepadaku dan umat islam yang lain kesihatan yang terbaik bagi membolehkan kami terus beribadah dan mendapat keredhaanMu.

Banyak amalan dan fadhilat yang boleh kita dapati dalam bulan Syaaban ni.

Terutamanya pada malam nisfu Syaaban, iaitu pada malam 15 Syaaban. Umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:

  • Kalimah Syahadah
  • Surah Yassin 3 kali selepas solat Maghrib. Setiap satu niat mohon:
    • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
    • Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
    • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
  • Beristighfar
  • Berselawat dan berdoa
  • Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.
Dikatakan sesetengah ulama berpendapat pada malam Nisfu Syaaban, ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia dan selepas 15 Syaaban bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hambaNya.

Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohon.
Firman Allah SWT: 
"Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisiNya ummul kitab (ibu segala suratan)." ~Surah al'Ra'd, ayat 39.


Wallahua'lam.


Thursday 29 May 2014

Kemangkatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum.

Pagi ni sambil gosok baju sambil dengar radio IKIM.
Tibe-tibe terdengar dejay radio bercakap pasal kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah petang semalam.
Uik? kenape aku sebagai rakyat Malaysia langsung tak tau ape yang berlaku kat Malaysia ni? ~ ok, kelemahan diri sendiri.

Aku rasa terkesan dengan berita kemangkatan almarhum sultan. Baginda bukanlah saudara terdekat aku.
Tetapi mungkin aku terasa dekat dengan almarhum baginda kerana permaisuri baginda, Tunku Bainun merupakan bekas guru sekolah abang Mone. Jadi dulu kerap jugak abang Mone bercerita pasal baginda permaisuri. Yang kedua ialah fizikal almarhum yang segak berambut putih di usia yang muda juga mirip kepada arwah abah yang uban penuh di rambut ketika usia abah masih muda. Dah keturunan. Sekarang menurun pulak ke anak-anaknya.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga diRaja Sultan Perak.

Wednesday 21 May 2014

Rezeki Allah itu hadir tanpa diduga. Syukur Alhamdulillah :)

Bimillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum My Girls.

Sejujurnya sejak mula kita berpindah ke rumah sewa kita sekarang di Lorong Sering 5, iaitu 4 tahun yang lalu, segala kelengkapan dalam rumah kita adalah dari ihsan ahli keluarga Ummi dan Abi. Kebetulan pada ketika itu Nenek dan Atok juga mahu berpindah ke rumah baru mereka dan menetap bersama Acik Auni dan Uncle Zafir. Dari 2 buah rumah menjadi satu, tentunya mereka mempunyai beberapa kelengkapan rumah yang melebihi daripada satu unit. Salah satu dari kelengkapan itu dihadiahkan (eh, sebenarnya tak pasti hadiah atau pinjam :)) kepada kita, sayang.
Umi dan Abi nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada PaMa, Auni-Zafir, Angah Mila, Kak Mona dan Kak Paimah.

1. Dapur memasak - Mama
2. Mesin Basuh - Auni
3. Peti Ais - Angah Mila
4. Meja TV - Mama
5. Almari Perhiasan Dapur - Uncle Ah Tong, jiran lama Mama
6. Katil bujang - Kak Paimah
7. Almari baju - Kak Paimah
8. TV - Mama & Kak Mona
9. Oven - Mama

See, banyak kan? :)
Boleh dikatakan sudah lengkap keperluan asas rumah kita dengan adanya hadiah ihsan dari ahli keluarga ini. :) Rezeki pindah rumah sewa ketika itu memang lumayan, sayang.
Satu-satu tawaran keperluan rumah hadir tanpa Ummi duga.
Ketika itu ekonomi kita belum stabil, Ummi dan Abi baru nak mula kerja di tempat baru jadi kita tidak fikir sangat pasal kelengkapan rumah.
Tiada pun tidak mengapa.
Ummi pernah terfikir nak masak je dalam periuk nasi hadiah perkahwinan yang kami terima, sebab takde dapur memasak. :)
Pernah juga terfikir nak beli lauk untuk memasak hari-hari sebab takde peti ais. :)
Tapi rupa-rupanya Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah bagi melengkapkan keperluan harian hidup kita. Syukur alhamdulillah atas limpah kurniaNya, sayang.

Pertengahan tahun lepas Ummi ada berbincang dengan Abi nak beli peti ais yang baru.Yang ada sekarang (pemberian Angah Mila) merupakan peti ais satu pintu. Pintu pada bahagian freezer tu sudah lama tercabut jadi senang berlaku frost. Cadangnya Ummi dan Abi nak beli pada penghujung bulan Jun tapi tengok bajet belanjawan kita yang agak ketat, macam tak dapat je.
Tunda ke akhir bulan Disember. Tidak mengapalah, bukannya urgent sangat pun.
Yang sekarang masih boleh digunakan, bertahanla ye wahai peti ais.

Tup-tup Abi ada rezeki nak beli peti ais bulan ni, bulan May.
Wah, lagi awal dari jangkaan.
SubhanAllah..besar nye nikmat rezekiMu.
Terima kasih ya Allah, syukur Alhamdulillah. :)
Nuha dan Adnin nanti selalu amal baca Ayat Seribu Dinar ya, sayang. Especially lepas sembahyang fardu.
Ummi doakan anak-anak Ummi berjaya dunia dan akhirat.



Thursday 8 May 2014

Adnin & HFM (HandFootMouth) virus

Pertengahan Mac tempoh hari, Adnin dijangkiti virus HFM (Hand Foot Mouth).
Sebenarnya kurang pasti bila dan di mana Adnin terkena virus ni,
sebabnya sekarang Adnin suka mengikut perlakuan kakaknya Nuha.
Bila pergi pasaraya, restoran makanan segera atau walkway shopping kompleks,
suka hati je nak baring ke, nak meniarap ke..
Kemungkinan dia merasakan lantai shopping kompleks itu sangat bersih memandangkan permukaan lantai yang sangat berkilat jika hendak dibandingkan dengan lantai di rumahnya. (Adakah semua kanak-kanak mempunyai perasaan sebegini?)

Simptom-Simptom virus HFM
Simptom yang paling jelas adalah tanda bintik kemerahan (seakan-akan gigitan nyamuk) pada tapak tangan, tapak kaki dan ulser dalam mulut.
Walau bagaimanapun, ulser di dalam mulut Adnin hanya dapat diketahui apabila dia mula menolak untuk menyusu, bawa ke klinik, berasa takut, menangis sekuat hati sehingga mulutnya ternganga luas dan...
MasyaAllah, banyaknya ulser!!!

Kasihan Adnin. Memang banyak ulser terdapat dalam mulutnya.
Kat lelangit je, ada 5 kot.
Kat tepi pipi ada 2 ke 3.
Yang paling sakit tidak terperi kat bahagian bawah lidah.
Ada 2 ulser yang agak besar.

Dekat 3 hari juga Adnin menolak sebarang bentuk pepejal.
Menyusu badan pun dia tidak mahu.
Walau bagaimanapun, bila tiba masa makan ubat, saya akan sediakan segelas air glukos
dan akan pastikan air glukos tu habis diminum.
Begitu juga ketika Adnin kata dia haus. Segelas air juga mesti habiskan. Saya paksa ok.
Hanya itu sahaja cara untuk pastikan dia tidak kehilangan cecair dalam badan.

Hari yang keempat, alhmdulillah kak Ngah beritahu Adnin mula mahu hisap susu botol dan makan sedikit.
Lega rasanya dan bersyukur sangat-sangat dia sudah sembuh. Syukur alhamdulillah.

Sekian.






Tuesday 6 May 2014

Sabar Tatkala Diuji

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika diri ditimpa musibah baru kita terasa hilang akan nikmatNya.
Nikmat senang hati sebelum susah hati...
Nikmat tenang sebelum gelisah...
Nikmat sehat sebelum sakit...
Nikmat bahagia sebelum duka...
Nikmat ketawa sebelum mengangis...
Nikmat suka sebelum duka...







Manusia dan ujian tidak dapat dipisahkan.
Saat diuji musibah itu perasaan nya cukup getir
Serasa ingin baring di tempat pembaringan tanpa berbuat apa2
Serasa ingin menangis hiba sehingga kering air mata
Serasa diri lemah, akal fikiran jadi lemah, tak berdaya
MasyaAllah, betapa geloranya perasaan yang pengaruhi oleh nafsu yang negatif itu

Hati lemah, jiwa lemah, perasaan lemah..

Tapi janganlah Engkau lemahkan imanku Ya Allah.
Aku mohon Kau berilah kekuatan..
Menghadapi segala musibah ini dengan sabar, tabah dan cekal
Sehingga segalanya berakhir dengan baik

Biar jiwa menangis, tapi hanya padaMu tempat mengadu
Hanya padaMu tempat memohon..
Kuatkanlah iman ini Ya Allah
Amiin














Selamat Datang Bulan Rejab

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Harapnya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut bulan Rejab.
Sebaik-baiknya kita menyambut kedatangan bulan Rejab dengan membaca doa pada malam 1 Rejab. :)



Banyak fadhilat dalam bulan Rejab ini. Yang paling besar ialah berpuasa. :)
Cuba bayangkan puasa sehari di bulan rejab sudah menyamai pahala seperti puasa sebulan.
SubhanAllah. :)
Dan aku ada terbaca di satu laman blog (maaf tak ingat di mana) sesiapa yang berpuasa 10 hari di bulan Rejab, insyaAllah Alla akan makbulkan doanya. Wallahua'lam.

Semoga kita semua mendapat fadhilat di bulan Rejab ini.

Ma'assalamah.

Respect each other

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hi every one.

Today I would like to share a very good thought from my ex-primary schoolmate. Its actually from her best friend. Menurut rakan saya (eh dh berbahasa melayu lah pulak), sahabat baiknya telah berpesan dan dia ingat dan amalkan sehingga kini.
Pesan sahabatnya, lebih kurang begini la ye. "Sekiranya di hadapan khalayak kita saling tidak puas hati, jangan la kita saling bertelingkah di situ. kerana I nak jaga maruah U dan I harap U juga jaga maruah I. Papehal kite boleh bertekak secara peribadi di ruang yang tertutup". Ha, lebih kurang cenggitu la ayat dia. Terlebih dan terkurang tu saya punye kerja la tu ye.

I also remember during my university time, my room-mate shared the same thing. At that time she just declared her relationship with her boyfriend, which is her course-mate. :) She said her boyfriend made a rule in their relationship, which whenever they get quarrel in public especially in the restaurant, none of them can leave their partner alone in the restaurant. That means if you go to one place together, and suddenly mad at each other while being there, make sure both of you go back together, ya. :)

Seriously I think both situation is a good practice of respect each other during the relationship. Either among friends, boyfriend-girlfriend, husband-wife etc.

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com