Thursday 8 May 2014

Adnin & HFM (HandFootMouth) virus

Pertengahan Mac tempoh hari, Adnin dijangkiti virus HFM (Hand Foot Mouth).
Sebenarnya kurang pasti bila dan di mana Adnin terkena virus ni,
sebabnya sekarang Adnin suka mengikut perlakuan kakaknya Nuha.
Bila pergi pasaraya, restoran makanan segera atau walkway shopping kompleks,
suka hati je nak baring ke, nak meniarap ke..
Kemungkinan dia merasakan lantai shopping kompleks itu sangat bersih memandangkan permukaan lantai yang sangat berkilat jika hendak dibandingkan dengan lantai di rumahnya. (Adakah semua kanak-kanak mempunyai perasaan sebegini?)

Simptom-Simptom virus HFM
Simptom yang paling jelas adalah tanda bintik kemerahan (seakan-akan gigitan nyamuk) pada tapak tangan, tapak kaki dan ulser dalam mulut.
Walau bagaimanapun, ulser di dalam mulut Adnin hanya dapat diketahui apabila dia mula menolak untuk menyusu, bawa ke klinik, berasa takut, menangis sekuat hati sehingga mulutnya ternganga luas dan...
MasyaAllah, banyaknya ulser!!!

Kasihan Adnin. Memang banyak ulser terdapat dalam mulutnya.
Kat lelangit je, ada 5 kot.
Kat tepi pipi ada 2 ke 3.
Yang paling sakit tidak terperi kat bahagian bawah lidah.
Ada 2 ulser yang agak besar.

Dekat 3 hari juga Adnin menolak sebarang bentuk pepejal.
Menyusu badan pun dia tidak mahu.
Walau bagaimanapun, bila tiba masa makan ubat, saya akan sediakan segelas air glukos
dan akan pastikan air glukos tu habis diminum.
Begitu juga ketika Adnin kata dia haus. Segelas air juga mesti habiskan. Saya paksa ok.
Hanya itu sahaja cara untuk pastikan dia tidak kehilangan cecair dalam badan.

Hari yang keempat, alhmdulillah kak Ngah beritahu Adnin mula mahu hisap susu botol dan makan sedikit.
Lega rasanya dan bersyukur sangat-sangat dia sudah sembuh. Syukur alhamdulillah.

Sekian.






No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com