Tuesday 17 December 2013

Untuk Renungan

Assalam dan salam sejahtera.

Pagi ni kite terbaca sepotong ayat dalam Instagram Jue Mohd yang membuatkan kite terfikir sejenak...



"Bila seseorang sudah BERUBAH,
jangan DIUNGKIT kisah silamnya.
Kita tidak pernah tahu betapa SUSAHNYA dia

cuba MELUPAKAN kisah silamnya itu..."


Kite tujukan renungan ini kepada diri kite sendiri. Astaghfirullah...





Saturday 14 December 2013

Recipe for Today: Pavlova

Pavlova
Sumber: irmadilondon

Bahan-bahan :


4 biji putih telur 

1 cawan gula kastor (guna 3/4 cawan pon boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :


1 cawan (240 ml ) whipping cream

1 1/2 sudu besar gula halus - gula icing pon boleh.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :


1. Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.


2. Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. 


Cara-cara :


1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.


2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.


3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, pukul lagi 2-3 minit. 


4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.


Tanda meringue dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 


5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 


6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 


7. Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Ala-ala macam tebing. 


Kaedah membakar:


1. Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan oven 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 


2. Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. 

Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. 

3. Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Kaedah menghias:


1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Petua nak memudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 


2. Bila whipping cream dah kental, masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 


3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Keluarkan bila nak mendeco.


4. Kemudian hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu lembik.


Siap!


Sorry takde kaedah bergambar. Takde kamera atau telefon canggih nak tangkap gambar. 


Tapi rasenye baca instruction pon boleh paham kan? :)

Tuesday 10 December 2013

Thank you CIMB! :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

I would like to take this opportunity to say thank you very much to all CIMB-Group of Customer Support for your efficient job and prompt reply on my cash withdrawal issue until the problem can be resolved in a very short period, which is less than 2 week. Good job, CIMB! :)



Sunday 8 December 2013

Contest SEO ERIDY

Assalam dan salam hujung minggu semua!

Aha, just nak share dengan semua ada blog contest anjuran Blogger Eridy bertajuk Contest SEO Eridy.  

To be honest, mula-mula kite tak tahu ape makna SEO. muahaha..cemane nak masuk contest kalo makna pun tak tahu, ye tak? Jadi di situ la cabarannya...hehe..

Ok, kepada sesiapa yang sama tahap pengetahuan nye macam kite, Blogger SKM Tahap 1 (entah-entah kite seorang sahaja..), di sini kite ada sedikit info tentang SEO.

What is SEO  

SEO merupakan ringkasan bagi perkataan Search Engine Optimization. SEO adalah satu metadologi bagi strategi, teknik dan taktik yang digunakan untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke sesebuah laman web dengan mendapatkan penempatan tertinggi dalam enjin carian termasuk Google, Bing, Yahoo dan enjin carian lain.

SEO membantu bagi memastikan sesebuah laman web boleh diakses oleh enjin carian dan meningkatkan peluang sesebuah laman web itu boleh ditemui melalui enjin carian. 

Jadi semakin tinggi kedudukan sesebuah laman web itu dalam ranking keputusan organik carian, maka semakin besarlah peluang sesebuah laman web itu akan dikunjungi pengguna.

Maka dengan berbekalkan sedikit pengetahuan tentang SEO, kite ingin menyertai blog contest ini dengan harapan:

  1. dapat meningkatkan lagi pengetahuan dalam dunia blogging
  2. dapat menambah bilangan rakan blogger.
  3. mendapat kemenangan..hehehe..
Jom kita sertai Contest SEO Eridy, jom!
Please check below for further details about the contest, ya! :)

Contest SEO Eridy

Sumber: Blog Eridy
Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13

* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri .
Hadiah
Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00
Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6
Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com