Wednesday 5 November 2014

30 Days Blogs Challenge: Day 2 - 5 Cara Memenangi Hati Anda

Bismillahirahmanirrahim..

Aduhai, puas saya perah otak memikir apa agaknya cara atau perkara untuk memenangi hati saya ya? #garukepala.
1 cara pon susah, apatah lagi 5 cara. Kenapa ek? Mungkin selama ni saya yang cuba untuk memenangi hati orang, tapi jarang orang nak memenangi hati saya kot..huhu..sedihla pulak. :)

Tapi takpela, cuba la tulis jugak apa cara yang boleh memenangi hati saya ek.

1. Durian
Yeah, saya sangat suka durian! Kalau sesiapa bawakan durian atau hadiahkan saya durian atau bawa saya pergi dusun durian, saya memang secara automatik akan berasa sangat senang dengan orang itu. hehehe. Eh tapi buah durian ye, bukan bubur durian, atau aiskrim durian.

2. Novel
Iya, dahulu saya adalah peminat novel. Baca novel free lagi saya minat. hehe. Tapi sejak berkahwin, minat tu terpaksa dikurangkan. Tetapi kalau dapat baca novel, selagi tak habis, selagi tu saya akan baca. Paling best kalau dapat baca novel hujung minggu, boleh marathon. :)

3. Aiskrim McDonalds
Hehe..teringat dulu mase zaman skolah di Seremban, setiap kali outing mesti beli aiskrim McDonalds yang cone tu. Dulu saya suka makan sundae strawberry, tapi kini sundae coklat pon ok, saya sebat. Tapi ada satu masa tu keluar sundae honey comb, Ya Allah hai, sedapnye.. :)

4. Kata-kata motivasi

Saya memang sangat terinspirasi dengan kata-kata berbentuk motivasi dan semangat. Sekiranya seseorang ingin memenangi hati saya, ucapkanlah kata-kata motivasi, semangat dan berunsur islamik, pasti saya akan terus terpesona dengannya. Hehe..ayat macam poyo je..

5. Lemah-lembut dan bersopan
Saya akui saya seorang yang berpewatakan kasar dan cakap pon agak kuat. Orang Melaka le katekan. Tapi saya memang mudah lembut dan tertawan hati kalau orang bercakap lemah-lembut dan bersopan dengan saya. Daripada tak nak tolong, terus jadi lembut hati nak tolong. Iyela, kita hidup bermasyarakat mestilah berbudi bahasa kan. Barulah hidup kita aman dan makmur..

Tuesday 4 November 2014

30 Days Blogs Challenge: Day 1 - 1 Gambar Terbaru & 5 Fakta Tentang Diri Anda


Gambar ni mase jamuan 'pot luck' di pejabat. Saya berada di tengah-tengah.


5 Fakta Tentang Diri Saya

1. Saya anak bongsu dari 9 beradik. Kakak ada 5 orang, abang ada 3 orang.


2. Saya sudah berkahwin, mempunyai 2 orang puteri, Nuha Rayyan & Nuha Adnin.

3. Saya dilahirkan di HKL, umah keluarga di Ampang. Tapi bila orang tanya orang mana? Suka mengaku saya orang Melaka. Hihi..sebenarnye itu kampung arwah Mak dan Abah saya. Arwah mak kat Sg. Udang, Melaka. Kampung arwah Abah pula kat Bachang, Melaka. Walaupun saya lahir di KL, namun jauh di sudut hati Melaka tetap di hati. Saya suka negeri Melaka!

4. Suke fikir sesuatu perkara secara complicated. Padahal sebenarnye tak perlu pon. Saya selama ni tidak menyedari saya suka berfikir sedemikian. Cuma sejak kebelakangan ini baru saya tersedar sikap saya yang boleh menimbulkan perasaan jengkel sesetengah pihak bila M selalu kate " Jangan tanya soalan pelik boleh tak?" :P

4. Saya suka kumpul Key-Chain dan sekarang Fridge Magnet.






Monday 3 November 2014

30 Days Blogs Challenge

Bismillahirahmanirrahim.

Hari Rabu lepas, saya terbaca dalam blog Kak Moon pasal cabaran 30 Days Blogs Challenge ni. Kak Moon dah masuk day-2.

Oke, saya suka sangat nak menyertai cabaran ni sebab selama ni saya adalah seorang blogger yang suam-suam kuku dan ala-ala chipsmore, jadi saya ingin mencabar diri saya supaya menjadi seorang yg rajin menulis dan mempunyai idea menulis melimpah-ruah. konon! :P
Tapi sehingga ke saat ini saya masih belum mengetahui siapakah gerangan yang membuat cabaran ni. Menurut kata Kak Moon, dia pernah tengok melalui Kelab Blogger Ben Ashaari. Tapi bila saya pergi ke link tersebut, rupa-rupanya favebook link. Maaf tak boleh nak tengok melalui internet pejabat. Alamak, terpecah rahsia!
Tidak mengapa, nanti bila saya dah tahu dari mana sumbernye, saya akan beritahu, ya.

Oke, yang menariknya cabaran ni, setiap hari ada je tajuk cabarannya. Macam assignment la pulak. tapi tidak mengapa, saya suka. :)


Wow, banyakkan? tapi ini merupakan satu exercise yang baik. :)
Mari kita mencabar diri dengan menyahut cabaran 30 Days Blogs Challenge ini!

Daa..

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com