Wednesday 5 November 2014

30 Days Blogs Challenge: Day 2 - 5 Cara Memenangi Hati Anda

Bismillahirahmanirrahim..

Aduhai, puas saya perah otak memikir apa agaknya cara atau perkara untuk memenangi hati saya ya? #garukepala.
1 cara pon susah, apatah lagi 5 cara. Kenapa ek? Mungkin selama ni saya yang cuba untuk memenangi hati orang, tapi jarang orang nak memenangi hati saya kot..huhu..sedihla pulak. :)

Tapi takpela, cuba la tulis jugak apa cara yang boleh memenangi hati saya ek.

1. Durian
Yeah, saya sangat suka durian! Kalau sesiapa bawakan durian atau hadiahkan saya durian atau bawa saya pergi dusun durian, saya memang secara automatik akan berasa sangat senang dengan orang itu. hehehe. Eh tapi buah durian ye, bukan bubur durian, atau aiskrim durian.

2. Novel
Iya, dahulu saya adalah peminat novel. Baca novel free lagi saya minat. hehe. Tapi sejak berkahwin, minat tu terpaksa dikurangkan. Tetapi kalau dapat baca novel, selagi tak habis, selagi tu saya akan baca. Paling best kalau dapat baca novel hujung minggu, boleh marathon. :)

3. Aiskrim McDonalds
Hehe..teringat dulu mase zaman skolah di Seremban, setiap kali outing mesti beli aiskrim McDonalds yang cone tu. Dulu saya suka makan sundae strawberry, tapi kini sundae coklat pon ok, saya sebat. Tapi ada satu masa tu keluar sundae honey comb, Ya Allah hai, sedapnye.. :)

4. Kata-kata motivasi

Saya memang sangat terinspirasi dengan kata-kata berbentuk motivasi dan semangat. Sekiranya seseorang ingin memenangi hati saya, ucapkanlah kata-kata motivasi, semangat dan berunsur islamik, pasti saya akan terus terpesona dengannya. Hehe..ayat macam poyo je..

5. Lemah-lembut dan bersopan
Saya akui saya seorang yang berpewatakan kasar dan cakap pon agak kuat. Orang Melaka le katekan. Tapi saya memang mudah lembut dan tertawan hati kalau orang bercakap lemah-lembut dan bersopan dengan saya. Daripada tak nak tolong, terus jadi lembut hati nak tolong. Iyela, kita hidup bermasyarakat mestilah berbudi bahasa kan. Barulah hidup kita aman dan makmur..

No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com