Monday 31 August 2015

Semangat!







Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia, walaupun sebuah negara yang kecil namun berbilang kaum dan hidup aman harmoni.

Saya nak berkongsi dengan kata-kata seorang prof madya dalam bual bicara Wanita Hari Ini sebentar tadi. Kata beliau, biarpun siapa kita, jadilah yang terbaik. Jika kita seorang guru, jadilah guru yang terbaik.
Jika kita seorang ibu, jadilah seorang ibu yang terbaik.  Jika kita seorang kontraktor, jadilah seorang kontraktor yang terbaik. JIka kita seorang Eksekutif Pemasaran, jadilah seorang Eksekutif Pemasaran yang terbaik!

"Orang yang paling bahagia adalah orang yang melakukan yang terbaik bagi setiap perkara yang hadir dalam hidupnya"

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
I Love Malaysia!

Wallahua'lam.

Friday 14 August 2015

Memulakan Perniagaan: Konflik Memilih Produk






Ekonomi sekarang agak gawat.
Saya memilih untuk memulakan bisnes skala kecil untuk menambah pendapatan keluarga.

Saya ada beberapa produk untuk memulakan bisnes.
Ada sesetengahnya sedang dalam proses R&D untuk mencari paten yang paling terbaik.
Tapi masih berfikir produk mana yang harus diketengahkan.

Juga masih memilih tempat yang paling sesuai untuk memasarkannya.
Peniaga harus pandai mencari tapak yang sesuai untuk memasarkan produknya.

Bagaimana ya..
Bilakah masa yang sesuai untuk start berniaga ?


Monday 10 August 2015

Virus di dalam Rumahtangga

A'uzubillahiminasshaithonirrajim.
Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi ni blogwalking terjumpa satu pesanan yang rasanya sangat benar, sangat terkesan di hati, yang saya mahu pahatkan dalam memori ingatan sebagai panduan hidup.

Terima kasih Maria Firdz atas perkongsian. Semoga Allah memberkati setiap usahamu.


Sunday 9 August 2015

Rebranding

A'uzubillahiminasshaithonirrajim.
Bismillahirrahanirrahim.

Saya bermula dengan dunia blog ni kira-kira 3 tahun yang lepas.
Dengan tajuk blog 'Mashelas-Sharing is Caring'

Mashelas tu nama pena sejak dari bangku sekolah.
Bermula degan MaiseHelas.
Dah ape kena mengena dengan Maise?
Takde kena mengena pun.
Sekadar menambah sedikit asam garam bagi nampak macam minah saleh sikit. Kihkih.
Lama kelamaan tukar pula kepada Mashelas. 
Rasenye nama ni lebih sinonim dan itulah saya.

Tapi hari ni selepas 3 tahun guna Mashelas-Sharing is Caring, tukar pula kepada Black & Sweet.
Yes, this really represent me!
Saya lah si hitam manis itu.

Ingat lagi mase sekolah menengah rendah, mase tu tingkatan satu.
Mase tu baru masuk sekolah menengah.
Dari sekolah rendah memang rajin sangat bersukan. tak terer pon.
Lari pon nombor satu dari belakang.
Main bola jaring pon tak pernah menang.
Main bola baling pon tak pernah skor.
Tapi pakej lengkap, tall and dark, rajin pulak pergi sesi pemilihan pemain sekolah.
Cikgu pon terpaksa la pilih kita mase tu. Terpaksa train kite mase tu.
Bila masuk sekolah menengah. kulit mase tu memang black out. Dah la black, tambah pulak out.
Jadi adalah seorang rakan sekelas masa tu, Iskandar nama dia.
Suka sangat panggil saya 'Mother of Black'. Tak pon 'Mak Hitam'.
Mase tu perasaan budak sekolah kan memang mudah terhiris.
Memang rase kecik hati sangat mase tu.
Rasa rendah diri sangat.
Tapi tak pernah pulak tanya si Iskandar tu kenapa dalam banyak-banyak manusia kt kelas tu dia suka sangat mengusik saya.

Tu cerita dulu.
Sekarang tak pernah pulak dengar cerita Iskandar.
Semoga dia menjadi seorang yang berjaya sekarang.
Dan bahagia bersama keluarganya. :)






Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com