Sunday 9 August 2015

Rebranding

A'uzubillahiminasshaithonirrajim.
Bismillahirrahanirrahim.

Saya bermula dengan dunia blog ni kira-kira 3 tahun yang lepas.
Dengan tajuk blog 'Mashelas-Sharing is Caring'

Mashelas tu nama pena sejak dari bangku sekolah.
Bermula degan MaiseHelas.
Dah ape kena mengena dengan Maise?
Takde kena mengena pun.
Sekadar menambah sedikit asam garam bagi nampak macam minah saleh sikit. Kihkih.
Lama kelamaan tukar pula kepada Mashelas. 
Rasenye nama ni lebih sinonim dan itulah saya.

Tapi hari ni selepas 3 tahun guna Mashelas-Sharing is Caring, tukar pula kepada Black & Sweet.
Yes, this really represent me!
Saya lah si hitam manis itu.

Ingat lagi mase sekolah menengah rendah, mase tu tingkatan satu.
Mase tu baru masuk sekolah menengah.
Dari sekolah rendah memang rajin sangat bersukan. tak terer pon.
Lari pon nombor satu dari belakang.
Main bola jaring pon tak pernah menang.
Main bola baling pon tak pernah skor.
Tapi pakej lengkap, tall and dark, rajin pulak pergi sesi pemilihan pemain sekolah.
Cikgu pon terpaksa la pilih kita mase tu. Terpaksa train kite mase tu.
Bila masuk sekolah menengah. kulit mase tu memang black out. Dah la black, tambah pulak out.
Jadi adalah seorang rakan sekelas masa tu, Iskandar nama dia.
Suka sangat panggil saya 'Mother of Black'. Tak pon 'Mak Hitam'.
Mase tu perasaan budak sekolah kan memang mudah terhiris.
Memang rase kecik hati sangat mase tu.
Rasa rendah diri sangat.
Tapi tak pernah pulak tanya si Iskandar tu kenapa dalam banyak-banyak manusia kt kelas tu dia suka sangat mengusik saya.

Tu cerita dulu.
Sekarang tak pernah pulak dengar cerita Iskandar.
Semoga dia menjadi seorang yang berjaya sekarang.
Dan bahagia bersama keluarganya. :)






No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com