Monday 30 March 2015

Yang Benar itu Pahit?

Bismillahirrahmanirrahim.

Benarkah perkara yang benar itu pahit?
Pernah dengar tak, "Berkata benar lah kamu sekalipun iyanya pahit." Ha, pernah? Pernah?

Hehe..
Oke, berdasarkan dari pengalaman sendiri, memang betul, nak bagitahu sesuatu perkara yang benar tapi buruk tentang seseorang tu memang agak pahit, sebab kita tahu orang itu pasti susah nak terima atau akan merasa kecik hati dengan pernyataan kita.

Tetapi melalui pengalaman sendiri juga (hehehe) saya pernah ditegur tentang sesuatu perkara yang betul tentang diri saya, tetapi sudah pasti nampak buruk di mata orang lain seperti fesyen saya yang tak kena gaya, berat badan saya yang semakin naik, atau perangai saya yang sangat tak semenggah.. oleh seseorang yang sangat selamba (kalau tak selamba takkan dia tergamak nak tegur betul tak?) and rasenye..ouch.. ouch..tersangatla pahit juga. Tak tahu bagaimana mahu membuat muka pada ketika itu...

Kalau kita lihat perkara itu dari sudut negatif, memang rase malu (yes, actually malu tu yang paling nyata) dan kemudian rase bengang pon datang. Bengang sebab "eh, kenapa selamba sangat dia ni mengata aku nih.. haish!!"

Hehehe..

Tapi cuba kita positifkan diri kita..

Sesiapa yang tegur kita tentang sesuatu kebenaran yang kita kalau boleh tak nak dengar itu sebenarnya ikhlas dengan teguran nya. Tapi mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak menyusun ayat menjadi lebih sedap didengar. Kasihan si dia tu...merka sepatutnya dikasihani..

Jadi pokok pangkalnya diri kita...

Kalau sesuatu perkara yang negatif, tetapi dilihat secara positif akan menjadi positif.

Bravo..



No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com