Saturday 4 January 2014

Recipe for today: Coleslaw and Whipped Potato

Assalam dan salam sejahtera semua!

Lately ni, rasa sukarnye nak mengeluarkan buah fikiran untuk post hari-hari.

Bukanlah buah fikiran yang sangat bernas, yang agak bernas pun susah nak dikeluarkan.
:)

Walaubagaimanapun, entri kali ni aku hendak berkongsi dengan semua resepi Kentang Putar dan Coleslaw. Kebetulan awal bulan lepas, untuk hidangan makan malam, kami menjamu Kentang Putar dan Coleslaw. Dan dua minggu selepas itu sekali lagi aku buat Kentang Putar dan Coleslaw untuk Jamuan Potluck di pejabat. Betulla, 'Practice makes Perfect'.


Bila dah selalu buat sesuatu resepi, terasa macam dah jadi terer lak..(macam tak caye je), hehehe... Ok cube bayangkan, pagi masa nak buat jamuan potluck tu lebih kurang dalam pukul 6.00am, baru terhegeh-hegeh nak kupas kulit kentang, nak tebus kentang, nak potong kobis, nak lenyek kentang, nak buat gravy..tengok2.. by 7.30 am 'eh, siap jugak ek'. Tapi dapur jangan cerite la, macam tongkang nak pecah..balik keje baru sambung basuh mangkuk dan kemas dapur..cet..


Ok, sekarang tiba masanya untuk berkongsi resepi. Untuk resepi kentang putar dan gravynya aku dapat dari blog cik Irmadilondon.blogspot.com, manakala untuk resepi coleslaw pula aku rujuk pada blog Che Mat Gebu. Kedua-dua resepi memang marvellous!


RESEPI KENTANG PUTAR & GRAVY

Sumber: Fazlinil Irma Mohamed Aki

Bahan-bahan kentang putar


  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar (kite guna 1/2 tin susu cair)
  • 2-3 sudu besar butter 
  • Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Kupas kulit kentang dan potong dadu
  2. Masuk kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air secukupnya  (sehingga kentang tenggelam). Rebus kentang lebih kurang 20 minit.
  3. Angkat kentang yang sedah empuk dari dalam periuk dan toskan.
  4. Lenyek kentang. Masukkan butter.
  5. Kemudian masukkan garam dan lada hitam.
  6. Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga cukup rasanya. Fungsi susu adalah untuk melemakkan rasa kentang putar.
  7. Lenyek lagi kentang sehingga cukup lumat. Siap.

Bahan-bahan gravy

  • 650ml air
  • 1 biji bawang Holand dicincang halus
  • 1 batang saderi dicincang halus
  • 3 sudu besar serbuk stok ayam/1 1/2 stok kiub ayam
  • 4 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum (kite guna 3 sudu sahaja, supaya kuah tidak terlalu pekat)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Masak air, bawang Holand, saderi dan serbuk stok ayam sehingga mendidih. Kecilkan api dan reneh lagi dalam sepuluh minit. Tapis air rebusan dan masukkan kedalam mangkuk.
  2. Dalam periuk/kuali yang lain, cairkan mentega dengan menggunakan api perlahan. Setelah mentega cair, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga tepung tidak melekat di kuali.
  3. Tuang air rebusan tadi sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  4. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sehingga sebati.
  5. Tambah sedikit kicap pekat sekiranya mahu kuah sedikit gelap.
  6. Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam. Kacau lagi sehingga mendapat kepekatan sos seperti yang dikehendaki. (Lagi lama kacau kuah akan menjadi semakin pekat)
  7. Siap.
RESEPI COLESLAW
Sumber: Che Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 1/4 kobis bulat
  • 1/2 batang lobak merah, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar, dadu halus
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • Mayonnaise secukup rasa (Che Mat Gebu guna jenama Ladie's Choice, kite pon)
Cara membuatnya
  1. Kobis dihiris halus, cuci dan toskan.  Gaul dengan cuka makan dan gula rata-rata. Perap selama 30minit. Kemudian perah untuk buang air dan letak dalam bekas.
  2. Satukan dengan bawang dan lobak merah, gaul rata. Tambah mayonnaise secukupnya, perasakan dengan sedikit garam. Gaul rata dan simpan dalam peti ais. Hidangkan dingin. Siap. :)
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera! ;)

1 comment:

Tengkubutang said...

sedap tuu.. rasa nak buat gak lah.. hee..

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 10
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com