Wednesday 15 January 2014

Recipe for Today: Lasagna

Penghujung tahun 2013 hari tu, alhamdulillah Ummi dan Abi dengan perasaan rajinnye telah menjemput adik-beradik sekampung Ummi datang bertandang ke rumah untuk jamuan supper, konon-kononnya jamuan santai hujung tahun la. Adik beradik sekampung Ummi itu ialah Mama Mila,  Mak Tam Zana dan famili, Abah Mone dan famili, dan Mak Long Mala dan famili. Rumah pusaka arwah nenek dgn atuk terletak di Lorong 1, selang 1 buah rumah ialah rumah Abah Mone. Mak Long Mala tinggal kat Lorong 4. Kita pulak tinggal kat Lorong 5. Ha, pasal tu la namanya adik beradik sekampung. :) Kebetulan 1hb Jan 2014 tu harijadi Abi. Kire-kire jamuan santai la ni. Mula-mula Ummi cadang nak beli KFC je, senang kan. Tapi tetibe Abi kate lagi elok kalau Ummi sendiri yang masak. Ala, simple-simple je..katenye..

Kebetulan 31hb tu Ummi dan Abi cuti, jadi selepas selesai urusan, Ummi dengan Abi terus pi Giant beli bahan mentah untuk jamuan supper malam nanti. Menu cadangan ialah chicken wing bakar dan goreng, lasagna, coleslaw, kentang goreng dan kek.

Seronoknye dapat masak sendiri untuk akak, abang, dan anak-anak sedara sendiri. Tapi satu je la yang tak bestnye. Makanannye cukup-cukup je. Tak dapat menikmati sepuas hati..kate mereka. Sian sian sian. Takpela, insyaAllah kalau ada rezeki, kita jamu diorang lagi lain kali ye.

Jadi entri kali ni Ummi nak berkongsi resepi lasagna. Mak Tam Zana suka sangat makan lasagna. Jadi malam tu Ummi buat lasagna memang bertujuan untuk menjamu Mak Tam Zana, malangnya tak cukup pula...tak puas Mak Tam Zana makan. Resepi  lasagna ni Ummi ambil dari blog Ana-Cahaya Cintaku. Memang sedap dan berkrim. Selamat mencuba ya, sayang! :)

LASAGNA
Sumber: Ana-Cahaya Cintaku

Bahan-bahan
  • San Remo Instant Lasagna
Sos daging

Bahan-bahan


  • 4 sudu besar minyak masak/olive oil pon boleh
  • Sos Prego 14 Oz
  • 1 tin cendawan butang
  • 400g daging cincang
  • Sedikit serbuk lada hitam dan oregano
  • 1 biji bawang besar holand dan 5 ulas bawang putih dipotong dadu
  • Keju Mozarella
  • Keju Parmesan (takde pon tak apa)
  • 1 sudu besar sos cili (tak nak letak pon tak mengapa)
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang, masak sehingga berwarna berwarna coklat muda.
  4. Tuangkan sos Prego tadi. Tuang semua sekali.Gaul sampai sebati
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan serbuk oregano.
  7. Masukkan cendawan butang.
  8. Masukkan 1 sudu besar sos cili.
  9. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.
  10. Kacau rata dan tutup api.
Sos keju

Bahan-bahan
  • 2 sudu besar butter
  • Keju cheddar / 2 keping keju cheesedale
  • 250ml susu full krim (kite guna susu cair 1 tin + 1 tin air sejuk, lebih berkrim..nyam)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • Garam secukup rasa
Cara memasak
  1. Ambil kuali lain, panaskan. Cairkan butter dalam kuali tersebut.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau hingga masak menggunakan api perlahan selama 2 minit.
  3. Tutup api gas, masukkan susu ke dalam kuali.
  4. Kemudian hidupkan semula api gas, kacau sehingga pekat dan licin.
  5. Masukkan keju cheddar/cheesedale.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga keju cair dan kuah pekat sedikit.
Penyediaan lasagna
  1. Panaskan oven 180C.
  2. Susun secara berlapis lasagna, inti daging dan kemudian sos keju.
  3. Ulang susunan secara bergilir sos daging, lasagna dan sos keju, lapisan terakhir mestilah lapisan sos keju (lebih kurang 3 lapisan).
  4. Taburkan parutan keju mozarella dan parmesan, bakar dalam oven selama 35-40 minit atau sehingga lasagna masak (uji dengan garpu, kalau dah masak tak melekat pada garpu). Biarkan seketika selama 5 minit sebelum hidang.

No comments:

Car Rental

Car Rental
http://www.rayyker.com